Thursday, 17 August 2017

Hati dan Perasaan Seorang Working Mommy

Teks : Ramlah Adunan

Foto : Ramlah Adunan

Assalamualaikum dan salam sejahtera!

Malam ni perasaan kakmel tersentuh sangat sampai kakmel menangis tersedu-sedu. Kakmel tak mampu lagi nak mengawal perasaan sedih yang dah lama kakmel pendam. Bagi la problem ape pon,  Insyaaah kakmel mampu menghadapinya dengan tenang.  Tapi bila problem tu melibatkan anak, hati kakmel betul-betul tak kuat. Kakmel hanya mampu menangis je. 

Ceritanya macam ni, tadi kakmel tengah bersihkan telinga littleharraz.  Then dia pon dok main jugak putik kapas tu letak kat telinga dia.  Buat macam korek telinga jugak.  Tapi harraz ni tak boleh duduk diam,  dia boleh pulak pusingkan kepala menghadap tempat lain.  Jafi putik kapas yang dia main tadi masuk ke dalam telinga dia.  Lepas tu dia menangis semahu-mahunya.  Sakit letu, mungkin putik kapas tu termasuk dalam sangat kot.  Harraz nangis tak henti-henti.  Kakamel cuak tak tahu nak buat ape.  Dengan kakmel sekali menangis. Hartaz menangis sampai tertidur.  Kakmel cek telinga dia kot ade darah ke,  tapi to Alhamdulillah takde.  Tapi kakmel takut esok telinga dia bengkak. Disebabkan risau dan rasa bersalah,  kakmel pon join harraz menangis.

Masa kakmel menangis tu,  kakmel terflash back apa yang kakmel dah buat pada harraz.  Kakmel rasa macam kakmel tak berjaya untuk menjadi ibu yang baik untuk harraz.  Kakmel selalu takde masa untuk harraz sebab kakmel kerja.  Kakmel rasa loser sangat sebab kakmel tak dapat tengok harraz membesar dengan sempurna depan mata kakmel. Kakmel tak tahupon apa aktiviti harraz kat rumah pengasuh.  Seronok ke? tak best ke? ada kawan ke? Perasaan risau tu sentiasa ada. Hati kakmel ni macam paksa rela je bagi pengasuh jaga harraz. Tapi terpaksa jugak sebab kerja.

Kalau ikutkan hati,  kakmel nak je berhenti kerja dan jaga anak.  Jaga rumah.  Jaga suami.  Tapi apa kan daya ekonomi tak mengizinkan dan kakmel sejenis orang yang cepat bosan kalau duduk kat rumah lama-lama. Ni le orang cakap dilema working mommy.  Niat nak berkerja membantu suami tapi hati ni nak tengok anak membesar depan mata.  Hati ni paksa rela je p kerja balik kerja.

Working mommy ni sebenarnya risau kat anak-anak, takut kalau kita tak dapat mencurahkan kasih-sayang sepenuhnya kepada anak. Bukan  tu je, working mommy pon sangat risau akan kesihatan anak mereka.  Bab makanan, anak dapat cukup nutrisi ke tidak.   Tentang kebersihan anak,  botol susu tu dibasuh bersih ke tidak. Nampak tak apa yang working mommy ni fikir masa kt tempat kerja.  Tangan buat kerj tapi kepala dok pikir pasal anak.

Kalau boleh kakmel nak berhenti kerja dan buat bisness dari rumah je. Kakmel boleh la menghabiskan masa untuk jaga harraz. Tapi apakan daya.... Berangan je le.

Walaupun kakmel kerja,  tapi kakmel cuba bagi yang terbaik untuk harraz. Apa yang kakmel mampu buat untuk harraz ialah  bagi dia susu badan selama dua tahun(insyaallah) dan sediakan  makanan yang berkhasiat untuk harraz(bekal kan harraz makanan yang kakmel masak). Buat masa ni tu je yang kakmel mampu buat harraz.

Anak,
Semoga anak mama sentiasa gembira. Diberi kesihatan tubuh badan. Semoga anak mama menjadi orang yang bijak dan berguna pada masyarakat. E


Sunday, 30 July 2017

Mimpi Ngeri Bagi Seorang Brestfeeding Mommy

Teks : Ramlah Adunan

Foto : Ramlah Adunan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!

Siapa kat sini masih susukan anak? Kakmel pon still susukan anak,  fully and still tak campur dengan fm.  Ada jugak terfikir nak campurkan susu,  tapi memandangkan banyak sangat problem yang timbul selepas bagi Harraz minum  fm,  so kakmel decide untuk bagi susu badan semampu dan selama yang boleh.  Kalau boleh nak sampai 2 tahu.  Cewah!

Kenape Harraz  tak boleh minum fm? Sebab beliau memiliki kulit yang halus, mulus dan juga sangat cepat alergi kepada benda yang tidak sesuai dengan beliau. Sistem penghadaman Harraz jugak masih xmampu untuk proses fm tersebut menyebabkan dia sembelit. Huhuu. Tak sanggup kakmel nak tengok muka dia mase meneran. Hati ibu mana yang bile tahan tengok anak sakit kan? Jadi biarlah sang ibu berkorban berjaga malam mengepam susu untuk dibuat stok anak pada keesokan harinya.  Sedih pulak cerita nih!

Tapi cerita ni tak sedih sangat.  Apa yang lagi sedih dan paling menakutkan bagi ibu-ibu brestfeeding macam kakmel ni ialah......
TERLUPA MASUKKAN STOK SUSU DALAM FREEZER DAN ITU SAJALAH STOK SUSU YANG ADA UNTUK BAGI PENGASUH ESOK. 

Oh mak ai!! Kakmel taip ni pon rase nak menitis air mata. Alkisah nya.  Hari jumaat lepas kakmel dah letak dah cooler bag tu atas freezer,  tinggal lagi nak masukkan je tetapi boleh lupa.  Masa kakmel balik dari keje,  si Harraz dah tarik-tarik kakmel nak susu katanye.  Bagi le susu sambil tengok tv.  Lepastu,  kebetulan pulak esoknya kakmel nak balik kampung. So kelam kabut le menyiapkan barang-barang nye.  Barang Harraz le yang paling banyak. Bile jam tepat pukul 9 si Harraz pon dah mule le nak tido dan kakmel terpaksa le tido bersama budak Harraz tuh sambil layan tv.  Syok punya layan tv sampai tertido sampai ke pagi.  Hambek ko.  Satu bende pon tak siap.  Kalau setakat kain baju tak packing lagi, tak le sedih mane.  Yang membuatkan kakmel murung ialah stoj susu Harraz sudah basi akibat daripada kecuaian kakmel. Omaigad!  Jenuh me kakmel nak buat stok untuk hari isnin nanti.  Kakmel menangis dihujung katil malam tu. 

Nak bagitaw hasben, nanti kena marah pulak.  Jadi kamel pon berhu..hu..hu.. sambil main dengan kucing. Tengok kucing tu tengah susukan anak dia.  Geram pulak kakmel tengok.  Orang dah le sedih susu takde stok,  boleh plak dia menyusukan anak depan kite! Kakmel terasa ngan kucing tu taw!  Kesimpulannye,  terpaksa le kakmel berjaga malam untuk buat stok susu. Lain kali,  lepas balik keje terus simpan susu
. PAHAM!

Pokok Bunga Murah di Sungai Buloh

Teks : Ramlah Adunan

Foto : Ramlah Adunan


Assalamualaikum dan salam sejahtera!


Rasanya dah ramai orang yang tahu pasal tempat murah untuk beli bunga kan? Tapi harini kakmel nak share jugak pengalaman kakmel pasal tempat nih. Mula-mula kakmel tak plan pon nak pergi ke Sungai Buloh ni.  Al-kisahnya, kami laki bini baru balik dari kampung di Teluk Intan.  Selalunya kami bertolak malam dari kampung, tetapi disebabkan kakak kakmel kerja haritu,  maka kami pon balik le ke kl awal.  Bosan le balik kampung tapi rumah takde orang. Mase dalam kereta tu encik hasben kakmel tu asyik membebel je,  dia cakap bosan balik kl awal.  Tak habis-habis tanya kakmel nak buat ape.  Sampai dia siasat semua kawan-kawan kakmel yang ada kat kampung, nak datang beraya katanye.  Eh,  dah kenape laki aku ni.  Dia lupa kot raya dah habis.  Tiba-tiba kakmel terfikir nak beli bunga kat Sungai Buloh! Alang-alang lalu Sungai Buloh kan, singgah le sekali.  Dasyat jugak pemikiran kakmel nih, dengan pantas dapat solve kan kebosanan encik husben kakmel tuh.


Nak cari nursery murah kt sini tak lah susah mana.  Masuk je tol Sungai Buloh,  straight je then akan nampak t-junction,  amek kiri. Kat tepi jalan ni pon dah nampak orang jual pokok bunga,  tapi orang cakap kat tepi-tepi jalan besar ni pokok bunga nya mahal.  Kakmel tak survey pulak harga kat situ, tak sempat survey sebab time tu hujan.  Lepastu korang straight je sampai jumpa signboard Kampung Orang Asli dan amek kiri.  Straight je sampai hujung.  Kat area sini le banyak pokok yang murah-murah bakhang! Ada yang sampai 3 pokok bunga rm10.  Tapi kena pandai cari dan kena pandai tawar menawar.







Kakmel jadi tak berapa betul sekejap kat situ sebab rambang mata dan sangat happy,  rasa macam nak baring atas pokok bunga tuh. Omaigad kenapa murah sangat. Tapi ada jugak kedai yang jual dengan harga yang agak mahal sikit.  So kena rajin kan diri untuk tawaf tempat tu.  Kakmel start mencari bunga yang murah dari nurseri hujung belakang ke nurseri yang paling depan. Encik hasben kakmel marah kakmel sebab sambil jalan kakmel senyum sorang-sorang. Macam tak betul katanya. Orang suka tanam pokok memang macam ni reaction nya bila jumpa dengan pokok bunga yang murah.


Banyak jugak kedai yang kakmel masuk sampai kaki ni berdenyut le penat berjalan.  Kakmel syok sangat belek-belek bunga sampaikan husband dan anak kakmel tertinggal nun jauh kebelakang.  Apeke lambat beno deme ni berjalan. Husband kakmel marah kakmel sebab jalan laju sangat,  padahal dia dah tak larat nak dukong si Harraz tu. Macam la kakmel tak tahu. Kakmel pon ape lagi,  jalan cepat-cepat dan menghilangkan diri lagi sekali lagi.. Hehe..  Mesti mengamuk hasben kakmel jap ag nih. Bukan kakmel taknak dukong si harraz tu,  kalau kakmel dukong harraz nanti kakmel tak dapat jalan laju. Kang tak pasal-pasal ter miss nak tengok semua pokok.


Finally  kakmel jumpe 1 kedai yang super duper murah dan bunga dia sihat dan gemok. Kakmel beli 2 pokok ficus lyrata rm13 each. Then kakmel beli pokok gantung-gantung rm10 tapi dapat kurang jadi rm8.  Yahooo! Kakmel pon beli tanah rm2 dan yang paling best dapat pasu bunga plastik free.  6 pieces hokey! Baik betul hati abang yang jual tu. Lepastu hasben kakmel pon datang kat kedai tuh, ajak balik. Alamak,  kakmel baru je mood nak membeli on. Hasben ajak balik pulak. Kakmel baru je nak hilangkan diri lagi,  tapi hasben kakmel cepat-cepat bagi si harraz kat kakmel. Dia cakap kalau nak shopping lagi, sila dukong harraz. Macam mana nak shopping,  si harraz tu punya berat pon dah 9 kg.  Nak bawak pokok bunga lagi, tak larat le kakmel. Patahlah tangan kakmel. Jadi misi mencari pokok bunga terhenti disitu je. Tapi alhamdulillah sebab dapat  beli pokok yang kakmel nak.


So kepada sesiapa yang nak beli pokok bunga,  boleh la datang ke sini sebab murah dan banyak pilihan. Lagi satu,  kepada akak-akak kalau nak beli pokok bunga, sila bawak hasben untuk menolong anda mengangkat pokok bunga untuk letak dalam kereta dan menolong jaga anak. Nanti bagi le upah minum air limau ais. Kepada abang-abang,  bawak-bawak le pegang tangan isteri tu jangan sampai terlepas. Kalau terlepas nanti takut kena rasuk,  habis terbeli semua pokok kat situ. Kalau wife dah kena rasuk,  cepat-cepat p bisik kat telinga wife, cakap "ayang ingat sikit,  gaji lambat lagi nak masuk"  Insyallah, wife akan sedar seperti sedia kala.



Ni la hasil tangkapan harini, tu pon asben kakmel dah mengucap panjang. So, lepasni setiap kali balik kampung kena singgah sini lagi. Kita jadikan aktiviti shopping bunga ni rutin ok :0 



Thursday, 1 June 2017

Mary Kay CC Cream SPF15 yang Sangat Ringan

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera!


Teks :        Ramlah Adunan

Foto :        Ramlah Adunan



Saya jatuh cinta setelah memakai Mary Kay CC Cream sebab bila apply rasa sangatt ringan pada muka. Anda tahu tak CC Cream tu apa? Berdasarkan rujukn daripada google CC Cream bermaksud  Color Correction atau Complexion Correction. Kalau anda jenis yang suka light coverage dan boleh cuba CC Cream ini sebab teksturnya bersifat lebih ringan berbanding foundation.  Apa yang menarik mengenai CC Cream ini ialah terdapat banyak kebaikan dalam 1 tiub. Jom tengok apa kebaikan CC Cream Marykay ini:


1) Kurangkan tanda penuaan
Melawan garis halus dan tanda penuaan. Macam mana garis halus nak terbentu kalau kita selalu hidratkan muka kita dengan pelembab yang ada dalam CC Cream. Kita kan pakai CC Cream hampir setiap hari. Bukan itu saja, CC Cream ini juga mampu untuk kecilkan pores dan memperbetulkan ketidaksempurnaan pada kulit.

2) Melindung
Mempertahan dan melindungi kulit daripada radikal bebas atau kesan pencemaran dengan kuasa antioksida. Melindungi kulit daripada sinaran UV dan UVB( spf 15)

3) Mencerah
Mencerah dan menyerikan tona kulit dengan kadar segera.

4) 3-in-1
CC Cream iniall in one. ada 3 benefits sepertiiaitu dalam krim ni dah ada sekali Moisturizer, SPF dan CC Cream. So kalau tak apply moisturizer pun tidak mengapa, pakai gitu je.

5) Tutup Cela
Menutup cela, memelihara kulit jerawat serta menenangkan kulit yang bermasalah.

6) Minimumkan Kemerahan
Mengurangkan kemerahan pada muka. Especially yang berkulit sensetif dan berjerawat tu, CC Cream ni dapat melegakan kemerahan kulit.

7) Menghidrat
CC Cream ni boleh hidratkan kulit selama 10 jam. So jangan risau kalau pakai CC Cream dari pagi pun, muka masih lembab tak kering. Muka nampak shining-shining tu maknanya muka anda dapat lembapan yang mencukupi le tu. Bukan macam kulit berminyak taw!



Kalau suka pakai CC CReam yang light coverage bolehlah cuba CC Cream Marykay ni. Kalau nak kesan yang lagi padu, boleh apply sekali dengan liquid foundation Marykay. Mesti nampak lagi flawles! Saya dah try anda bila lagi?

Kalau teringin nak cuba jangan malu-malu untuk menghubungi saya, saya sedia membantu!

Ramlah Adunan | 0172055985
Independent Beauty Consultant
IG Page : Ramlah Adunan
FB Page: Ramlah Adunan

Saya Tak Nak Buat Marykay Sebab Saya Takut!




Teks :        Ramlah Adunan

Foto :         Ramlah Adunan


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!


Macam-macam yang bermain dalam kepala ini saat bermulanya perjalanan sebagai Beauty Consultant Marykay. Sejuk satu badan bila berhadapan dengan client. Tetapi reaksi sebegini normal bagi semua BC termasuklah saya. Apa yang saya takutkan?


     1.   Saya takut kena reject dengan client saya

     2.   Saya takut kalau orang cakap barang Marykay mahal

     3.   Saya takut orang tak nak beli barang saya

     4.   Saya takut saya tak berjaya nak selesaikan masalah kulit client saya

Perasaan itu yang selalu menakutkan saya dan hakikatnya memang inilah yang orang selalu cakap pada saya. Tetapi kenapa saya selalu dibelenggu dengan perasaaan seperti ini? Tak suka perasaan ini sebab menganggu diri saya untuk terus maju.


Tahu tak Marykay ini sebagai platform untuk kita ubah kehidupan kita sekarang untuk menjadi lebih baik? Nak tak nak kena buang perasaan tu jauh-jauh.


Ok macam ni, kita buat macam rutin biasa je, bagi orang cuba product kita, kemudian orang reject barang kita. Berdarah ke kita? Luka ke kita? Berparut ke kita? Tak kan ? kita Cuma rasa kecil hati dan kecewa saja. Rasa taknak buat Marykay sebab kita tak bagus!


Bukan sebab tu, sebenarnya sebab kita selalu fikir yang bukan-bukan, selalu sangat fikir yang negative. Ini adalah situasi normal yang dihadapi oleh semua BC, bukan sebab awak tak bagus.


Apa yang awak kena buat?

  • Kalau orang reject, sata akan buat 10 kali lagi baik daripada semalam
  • Pecahkan perasaan takut dengan menempuhi cabaran itu supaya kita dapat rasa/handle cabaran tersebut. Jadi, kalau next time, kita lalui lagi cabaran macam ni, kita kan lebih bersedia dan tidak mudah give up
  • Awak jumpe seorang client dan suggest pada dia, tapi dia tolak. Tidak mengapa sebab dia yang rugi. Kita tahu kualiti product kita. Orang dalam Malaysia ni ramai, bukan dia sorang je. Kalau seminggu approach orang pon tak kan habis. So kenapa nak hard feeling sangat dengan client awak yang sorang tu.
  • Jangan takut sebab TAKUT itu hanyalah perasaan sahaja. Bukan sesuatu yang nyata. Bukannya bila perasaan takut tu datang, tiba-tiba ada batu besar depan anda dan menghalang anda daripada terus ke depan. Bukan yea!  Takut hanyalah perasaan dan aanda kena hadapinya jugak!
  • Selalu tanya diri sendiri kita buat sebab nak tolong orang atasai maslah kulit atau sebab duit poket sendiri?


Ikhlaskan hati untuk buat semua ni. Apabila perempuan happy, anda happy. Buatlah kawan kita happy bila tengok cermin walau hanya sehari, mana tahu yang sehari tu mampu mengubah seluruh hidup dia.


(dipetik daripada kenyataan salah seorang SSD Marykay yang berjaya menginspirasikan orang lain)

Wednesday, 31 May 2017

Kenangan Terindah Menyambut Puasa dengan Mak & Abah

Teks :        Ramlah Adunan

Foto :         Ramlah Adunan


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!


Mak akan bangun seawal 4 pagi untuk memasak makanan untuk bersahur nanti. Selalunya mak akan masak makanan yang simple je seperti telur dadar, ikan goreng, ikan masin, sardin, sayur goreng, dan nasi goreng. Kami adik-beradik memang tak gemar makan sahur yang berat-berat, tak boleh masuk. Kalu air pula mak suka buat minuman yang dicampur dengan susu tepung supaya perut rasa kenyang sepanjang hari. Kami akan masak bersama-sama dan kemudian sesi untuk gerak adik beradik yang lain pula.

Kami tidak makan atas meja sebab adik beradik kami ramai, 6 orang kesemuanya. Campur mak dan abah 8 orang kesemuanya. Meja tak muat, lagipun kalau makan atas lantai lagi seronok. Masa bersahu, mesti ada antara kami yang tak boleh bukak mata, tak nak basuh muka, tak nak gosok gigi dan tak nak bangun makan. Tapi mak saya paksa, biarlah kami terbaring di tempat makan pun, sebab bersahur adalah wajib!

Apabila waktu tengahari, aksi pujuk-memujuk untuk berbuka akan bermula. Pujuk mak nak berbuka sebab perut sakit. Walaupun guling-guling depan mak, tapi mak buat tak tahu saja sebab mak dah tahu perangai anak dia. Kadang-kadang tu kami menangis samoai tertidur depan mak.Tapi mak akan terus menjahit tanpa hiraukan anak-anak dia yang cuba umpan mak supaya benarkan kami berbuka. Alah, kalau berbukapun kami makan maggi je, tiada makanan yang istimewapun.


Apabila dah petang sikit mak akan pergi ke kedai untuk mencari barang-barang untuk dibuat masak berbuka nanti. Tapi selalunya kami akan ikut sebab nak pujuk mak pergi ke bazar ramadhan yang berdekatan. Selalunya kami akan beli air dan kuih saja sebab selalunya mak akan masak, baru puas katanya. Kemudian kami akan masak bersama-sama,riuh lah dapur tu.

Mak selalu jugak buat kuih raya seperti kuih bahulu, kerepek pisang, maruku, kacang dan sebagainya. Mak lagi suka buat kuih yang simple sebab akan habis punya. Kalau kuih yang lain tu, anak-anak dia macam kurang suka.

Apabila masuk waktu berbuka, semua orang akan berkerjasama sediakan juadah berbuka puasa. Semangat nak berbuka sebab lapar nak makan. Lagi setengah jam nak berbuka, kami dah bersedia duduk di depan makanan, buka tv 1 dan tunggu azan berkumandang. Azan bergema, kami makan bersama-sama, masing-masing mulut tak boleh diam asyik nak bercakap saja. Lepas berbuka semua bergelimpanag sebab kekenyangan.

Bila malam kami akan pasang pelita buatan sendiri, seronok tengok cahaya pelita di setiap rumah. Kami akan main mercun dan bunga api bersama-sama. Kemudian yang lelaki akan keluar ke masjid, yang perempuan duduk dirumah, mengaji dan sembahyang. Mak akan sambung menyiapkan tempahan baju raya. Sampai lewat malam. Selalunya setelah  tempahan baju raya mak dah siap atau tempahan baju dah tak banyak, kami satu keluarga akan pergi ke masjid dan sembahyang terawih bersama-sama.



Bila dah malam, kami akan melepak di depan rumah sambil bermain mercun dan bunga api. Mak ada di depan rumah menjahit sambil temani kami. Kemudian kami semua akan masuk tidur. Begitulah kami menyambut ramadhan, seronok! Kenangan itu masih terpahat kukuh di dalam hati kami. Selepas mak dan ayah pergi menghadap ilahi, kami tidak dapat lagi merasai moment ini.

Wanita Itu Hebat Jika.

Teks :        Ramlah Adunan

Foto :         Ramlah Adunan


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!

Hidup ini singkat sahaja, hidup ini biarlah Allah SWT sayang. Rasulullah bersabda,'Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah'. (HR Muslim) Wanita itu dikatakan sangat senag untuk masuk ke syurga selagi mana dia mentaati suaminya. Rasulullah bersabda, "Apabila seorang isteri menjaga solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan taat kepada suaminya, maka ketika berada di akhirat dikatakan kepadanya: Masuklah kamu ke dalam syurga dari pintu mana saja yang kamu suka". (HR Ahmad)




Wanita itu hebat jika..
dia sentiasa mensyukuri apa yang ada pada suaminya dan merasa cukup dengannya

Wanita itu hebat jika..
dia tidak mengeluh dan taat terhadap suaminya


Wanita itu hebat jika..
dia mampu menjaga maruah diri apabila ketiadaan suaminya

Wanita itu hebat jika..
dia mampu menjaga anak semasa ketiadaan suaminya

Wanita itu hebat jika..
dia mampu menjaga ibu mertuanya

Wanita itu hebat jika..
dia mampu menghulurkan duit kepada keluarga suami dan keluarganya

Wanita itu hebat jika..
dia tidak membuka aib suaminya

Wanita itu hebat jika..
dia mampu membantu kewangan suami disaat suami memerlukan

Wanita itu hebat jika..
dia beralah suaminya pulang ke kampung suaminya apabila musim perayaan

Wanita itu hebat jika..
dia pandai menjaga tanggungjawabnya kepada Allah SWT

Wanita itu hebat jika..
 pandai menjaga kata-katanya

Wanita itu hebat jika..
dia sentiasa berdoa akan kesejahteraan keluarganya

Wanita itu hebat jika..
dia berkerjaya dalam masa yang sama dia menjaga rumahtangga

Wanita itu hebat jika..
dia mampu menggembirakan hati suaminya


Ayuh, marilah kita menjadi wanita terhebat!