Thursday, 17 August 2017

Hati dan Perasaan Seorang Working Mommy

Teks : Ramlah Adunan

Foto : Ramlah Adunan

Assalamualaikum dan salam sejahtera!

Malam ni perasaan kakmel tersentuh sangat sampai kakmel menangis tersedu-sedu. Kakmel tak mampu lagi nak mengawal perasaan sedih yang dah lama kakmel pendam. Bagi la problem ape pon,  Insyaaah kakmel mampu menghadapinya dengan tenang.  Tapi bila problem tu melibatkan anak, hati kakmel betul-betul tak kuat. Kakmel hanya mampu menangis je. 

Ceritanya macam ni, tadi kakmel tengah bersihkan telinga littleharraz.  Then dia pon dok main jugak putik kapas tu letak kat telinga dia.  Buat macam korek telinga jugak.  Tapi harraz ni tak boleh duduk diam,  dia boleh pulak pusingkan kepala menghadap tempat lain.  Jafi putik kapas yang dia main tadi masuk ke dalam telinga dia.  Lepas tu dia menangis semahu-mahunya.  Sakit letu, mungkin putik kapas tu termasuk dalam sangat kot.  Harraz nangis tak henti-henti.  Kakamel cuak tak tahu nak buat ape.  Dengan kakmel sekali menangis. Hartaz menangis sampai tertidur.  Kakmel cek telinga dia kot ade darah ke,  tapi to Alhamdulillah takde.  Tapi kakmel takut esok telinga dia bengkak. Disebabkan risau dan rasa bersalah,  kakmel pon join harraz menangis.

Masa kakmel menangis tu,  kakmel terflash back apa yang kakmel dah buat pada harraz.  Kakmel rasa macam kakmel tak berjaya untuk menjadi ibu yang baik untuk harraz.  Kakmel selalu takde masa untuk harraz sebab kakmel kerja.  Kakmel rasa loser sangat sebab kakmel tak dapat tengok harraz membesar dengan sempurna depan mata kakmel. Kakmel tak tahupon apa aktiviti harraz kat rumah pengasuh.  Seronok ke? tak best ke? ada kawan ke? Perasaan risau tu sentiasa ada. Hati kakmel ni macam paksa rela je bagi pengasuh jaga harraz. Tapi terpaksa jugak sebab kerja.

Kalau ikutkan hati,  kakmel nak je berhenti kerja dan jaga anak.  Jaga rumah.  Jaga suami.  Tapi apa kan daya ekonomi tak mengizinkan dan kakmel sejenis orang yang cepat bosan kalau duduk kat rumah lama-lama. Ni le orang cakap dilema working mommy.  Niat nak berkerja membantu suami tapi hati ni nak tengok anak membesar depan mata.  Hati ni paksa rela je p kerja balik kerja.

Working mommy ni sebenarnya risau kat anak-anak, takut kalau kita tak dapat mencurahkan kasih-sayang sepenuhnya kepada anak. Bukan  tu je, working mommy pon sangat risau akan kesihatan anak mereka.  Bab makanan, anak dapat cukup nutrisi ke tidak.   Tentang kebersihan anak,  botol susu tu dibasuh bersih ke tidak. Nampak tak apa yang working mommy ni fikir masa kt tempat kerja.  Tangan buat kerj tapi kepala dok pikir pasal anak.

Kalau boleh kakmel nak berhenti kerja dan buat bisness dari rumah je. Kakmel boleh la menghabiskan masa untuk jaga harraz. Tapi apakan daya.... Berangan je le.

Walaupun kakmel kerja,  tapi kakmel cuba bagi yang terbaik untuk harraz. Apa yang kakmel mampu buat untuk harraz ialah  bagi dia susu badan selama dua tahun(insyaallah) dan sediakan  makanan yang berkhasiat untuk harraz(bekal kan harraz makanan yang kakmel masak). Buat masa ni tu je yang kakmel mampu buat harraz.

Anak,
Semoga anak mama sentiasa gembira. Diberi kesihatan tubuh badan. Semoga anak mama menjadi orang yang bijak dan berguna pada masyarakat. E


No comments:

Post a comment